Wednesday, November 9, 2011

Akses File di PC anda di mana jua anda berada

Sebelum ini anda telah pun membaca cara untuk mengakses PC anda melalui kaedah Remote Access Desktop. Tutorial kali ini menunjukkan cara mudah untuk membolehkan anda mencapai file file di dalam PC anda melalui Browser, di mana jua anda berada. Sebelum itu anda perlu memahami beberapa perkara asas yang telah di pos kan di dalam blog ini
1) Dynamic DNS
2) Port Forwarding

Tonido adalah satu aplikasi yang membolehkan anda melakukannya dengan mudah. Anda hanya perlu memuatturun software tersebut disini.

Selepas memuatturun dan meng"install" Tonido. Run kan Tonido dan. Secara "default"nya Tonido akan run pada port 8080. Anda boleh mengubah settingnya  di Tool > Setting > Network.

Seperti biasa anda perlu melakukan Port Forwarding di router anda (Sila lihat post ini).
Name : Tonido
Port : 8080 (ubah ini jika anda mengubah setting dalam tonido) ~ 8080 (anda boleh mengubah nombor ini)
Private IP  : IP address PC yang anda install Tonido
Public IP   : Kosongkan

Sekarang anda dapat mencapai "Cloud" anda dengan menggunakan "browser" http://xxxx.dyndns-web.com:8080

Jika anda mengubah setting port forwarding seperti ini :


Name : Tonido
Port : 8080  ~ 80
Private IP  : IP address PC yang anda install Tonido
Public IP   : Kosongkan

Anda akan dapat mengakses "Cloud" anda melalui http://xxxx.dyndns-web.com tanpa meletakkan :8080





Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment