
Aplikasi Skype boleh dimuatturun secara percuma. Bagi membolehkan anda menggunakannya anda terlebih dahulu perlu membuat satu account Skype. Bagi membolehkan anda membuat panggilan telefon, anda perlu membeli credit secara online. Kos panggilan kemana mana destinasi seluruh dunia hanya dalam lingkungan USD 0.06 - 0.20 (MYR 0.18 - 0.60) setiap minit. anda boleh menyemak charge panggilan mengikut negara di http://www.skype.com/intl/en-us/prices/payg-rates/ . Kemana jua pun destinasi panggilan anda, charge panggilannya boleh dikatakan murah jika dibandingkan jika kita menggunakan cara biasa.
Aplikasi Skype ini juga boleh di install pada Android Phone/Tablet begitu juga pada iphone/ipad.
Kelemahan :
1. Perlukan internet
- Bukan satu masalah bagi pengguna UNIFI. Ia menjadi masalah jika kita berada di luar rumah. Namun dengan adanya Mobile Broadband dan Free Public WIFI, Streamyx Hostpot (Pengguna Streamyx dan UNIFI dapat menggunakannya secara percuma), skype masih dapat berfungsi.
2. Caller ID
No telefon kita tidak dapat dilihat oleh penerima panggilan. Menurut Skype kita boleh mengaktifkan callerID ini bagi memaparkan nombor mobile kita, tapi terlebih dahulu perlu membuat verifikasi. Saya telah cuba beberapa kali namun masih tidak berjaya. Tanpa Caller ID mungkin penerima tidak mahu menjawab panggilan kita.
No comments:
Post a Comment