Tuesday, November 8, 2011

Streaming Movie

Seperti yang kita tahu pakej internet yang kita bayar setiap bulan merangkumi "download" dan "Upload" bandwidth. Jika anda melanggan UNIFI VIP 10, ini bermaksud Download bandwidth anda ialah 10 Mbps begitu juga dengan upload bandwidth anda iaitu 10 Mbps. Namun biasanya anda hanya menggunakan download bandwitdh dengan menonton video di Youtube, memuatturun movie dan lagu terkini, dan melayar laman Facebook, email dan sebagainya.

Salah satu cara untuk menggunakan upload bandwidth ini adalah melakukan video streaming keatas movie movie yang telah anda download. Ini membolehkan anda atau rakan rakan anda yang lain menonton movie yang di download tadi.

Terdapat beberapa aplikasi web yang membolehkan anda membuat Video Streaming dengan mudah. salah satu nya ialah di laman web http://www.veetle.com. Di laman web ini anda boleh mem"broadcast" movie yang berada di dalam PC anda supaya dapat ditonton oleh pengguna internet lain. Selain dari itu juga, anda boleh menonton channel channel lain yang di"broadcast" oleh pengguna lain. Anda hanya perlu mendaftar secara percuma di laman web tersebut dan ikuti langkah yang diberikan oleh veetle tentang cara cara membuat channel anda sendiri.

Di bawah adalah link ke channel yang telah saya buat:

http://ajaque-unifi.blogspot.com/p/m-channel_08.html
Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment