Wednesday, November 16, 2011

Malaysia vs Indonesia (Siaran Langsung)

Saksikan perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Indonesia secara online pada 17hb Nov (SEA Games) di sini

1) http://www.rtm.gov.my/LiveStreamingTV1/

2) http://www.tonton.com.my/#/home/Live_1317866841/SEA_Games_Opening_Ceremony

Tuesday, November 15, 2011

DLNA Media Server


Anda tentu banyak memuatturun dan menyimpan banyak fail media seperti Movie, gambar, dan muzik di dalam PC anda. Tapi anda tentu letih menonton movie di PC anda sedangkan TV LED baru anda terbiar di ruang tamu. Tahukah anda dalam kebanyakan TV baru yang dijual ia ada DLNA ready yang membolehkan ia memainkan contents yang di streamkan olah DLNA Media Server?

Serviio adalah pelayan media DLNA yang percuma. Ia membolehkan anda untuk stream fail media (muzik, video atau imej) kepada mana-mana peranti yang disahkan DLNA (contohnya, satu set TV, Bluray pemain, game console) renderer pada rangkaian rumah anda.


Serviio menggunakan pengekstrakan berasaskan keutamaan metadata supaya anda boleh memilih metadata yang menerangkan fail media anda (contohnya nama trek audio, DVD cover, siri TV dan episod nama, dll). Ini termasuk metadata yang embedded di dalam fail-fail media sendiri, fail metadata yang disimpan (imej, Swisscenter, XBMC, MyMovies) dan metadata yang boleh didapati dalam talian. Dengan kebolehan ini, anda akan mampu untuk membina library Serviio media anda dengan mudah dan berkesan.
Serviio boleh memainkan sumber-sumber dalam talian seperti suapan RSS. Ini membolehkan anda mendengar podcast kegemaran anda atau menonton program TV terbaru yang disiarkan dalam talian.

Serviio sesuai digunakan dengan mana-mana peranti yang mematuhi DLNA (TV, Playstation 3, dan lain-lain) dan beberapa yang lain (XBOX 360). Ia menyokong profil untuk peranti tertentu supaya ia boleh di "tune" untuk memaksimumkan potensi peranti itu dan / atau meminimumkan (melalui transkod). bagi menyokong playback format media yang tidak boleh dimainkan di peranti itu secara terus

Serviio adalah berasaskan teknologi Java, oleh itu ia boleh diinstall di atas mana mana platform , termasuk Windows, Mac dan Linux (termasuk build-in sistem , contohnya NAS).




Anda boleh mendownload aplikasi serviio di sini :http://www.serviio.org/download

Friday, November 11, 2011

Skype - Panggilan murah ke seluruh dunia

Terdapat pelbagai aplikasi yang membolehkan anda membuat panggilan telefon dan juga berbual secara percuma melalui voice atau video conference. Sehingga sekarang Skype masih mendominasi dalam bidang ini.

Aplikasi Skype boleh dimuatturun secara percuma. Bagi membolehkan anda menggunakannya anda  terlebih dahulu perlu membuat satu account Skype. Bagi membolehkan anda membuat panggilan telefon, anda perlu membeli credit secara online. Kos panggilan kemana mana destinasi seluruh dunia hanya dalam lingkungan USD 0.06 - 0.20 (MYR 0.18 - 0.60) setiap minit. anda boleh menyemak charge panggilan mengikut negara di http://www.skype.com/intl/en-us/prices/payg-rates/ . Kemana jua pun destinasi panggilan anda, charge panggilannya boleh dikatakan murah jika dibandingkan jika kita menggunakan cara biasa.

Aplikasi Skype ini juga boleh di install pada Android Phone/Tablet begitu juga pada iphone/ipad.


Kelemahan :

1. Perlukan internet
- Bukan satu masalah bagi pengguna UNIFI. Ia menjadi masalah jika kita berada di luar rumah. Namun dengan adanya Mobile Broadband dan  Free Public WIFI, Streamyx Hostpot (Pengguna Streamyx dan UNIFI dapat menggunakannya secara percuma), skype masih dapat berfungsi.

2. Caller ID
No telefon kita tidak dapat dilihat oleh penerima panggilan. Menurut Skype kita boleh mengaktifkan callerID ini bagi memaparkan nombor mobile kita, tapi terlebih dahulu perlu membuat verifikasi. Saya telah cuba beberapa kali namun masih tidak berjaya. Tanpa Caller ID mungkin penerima tidak mahu menjawab panggilan kita.



Online TV/Movie - Streaming

Letih/Malas nak download movie? Atau hard disk dah penuh sebab byk sgt download? Apa kata layan sahaja Movie/TV Series/Documentary secara streaming.

http://www.tonton.com.my
Menghidangkan drama / telemovie dan pelbagai rancangan lain dari Rangkaian TV di Malaysia. Boleh menonton secara percuma. Terdapat juga content yang perlu dibayar.

http://www.veetle.com
Terdapat pelbagai kategori yang ditayangkan. Channel channel ini di broadcast kan oleh pengguna2 internet seluruh dunia. Ia seperti channel tv biasa, tidak boleh rewind atau fast forward.

http://www.livestream.com
Channel channel disini kebanyakannya adalah home made channel.

http://www.ustream.com
Konsep yang hampir sama dengan  livestream

Jika anda ada site streaming yang menarik sila kongi di bahagian "Comment"


Wednesday, November 9, 2011

Akses File di PC anda di mana jua anda berada

Sebelum ini anda telah pun membaca cara untuk mengakses PC anda melalui kaedah Remote Access Desktop. Tutorial kali ini menunjukkan cara mudah untuk membolehkan anda mencapai file file di dalam PC anda melalui Browser, di mana jua anda berada. Sebelum itu anda perlu memahami beberapa perkara asas yang telah di pos kan di dalam blog ini
1) Dynamic DNS
2) Port Forwarding

Tonido adalah satu aplikasi yang membolehkan anda melakukannya dengan mudah. Anda hanya perlu memuatturun software tersebut disini.

Selepas memuatturun dan meng"install" Tonido. Run kan Tonido dan. Secara "default"nya Tonido akan run pada port 8080. Anda boleh mengubah settingnya  di Tool > Setting > Network.

Seperti biasa anda perlu melakukan Port Forwarding di router anda (Sila lihat post ini).
Name : Tonido
Port : 8080 (ubah ini jika anda mengubah setting dalam tonido) ~ 8080 (anda boleh mengubah nombor ini)
Private IP  : IP address PC yang anda install Tonido
Public IP   : Kosongkan

Sekarang anda dapat mencapai "Cloud" anda dengan menggunakan "browser" http://xxxx.dyndns-web.com:8080

Jika anda mengubah setting port forwarding seperti ini :


Name : Tonido
Port : 8080  ~ 80
Private IP  : IP address PC yang anda install Tonido
Public IP   : Kosongkan

Anda akan dapat mengakses "Cloud" anda melalui http://xxxx.dyndns-web.com tanpa meletakkan :8080





Selamat Mencuba

Tuesday, November 8, 2011

Streaming Movie

Seperti yang kita tahu pakej internet yang kita bayar setiap bulan merangkumi "download" dan "Upload" bandwidth. Jika anda melanggan UNIFI VIP 10, ini bermaksud Download bandwidth anda ialah 10 Mbps begitu juga dengan upload bandwidth anda iaitu 10 Mbps. Namun biasanya anda hanya menggunakan download bandwitdh dengan menonton video di Youtube, memuatturun movie dan lagu terkini, dan melayar laman Facebook, email dan sebagainya.

Salah satu cara untuk menggunakan upload bandwidth ini adalah melakukan video streaming keatas movie movie yang telah anda download. Ini membolehkan anda atau rakan rakan anda yang lain menonton movie yang di download tadi.

Terdapat beberapa aplikasi web yang membolehkan anda membuat Video Streaming dengan mudah. salah satu nya ialah di laman web http://www.veetle.com. Di laman web ini anda boleh mem"broadcast" movie yang berada di dalam PC anda supaya dapat ditonton oleh pengguna internet lain. Selain dari itu juga, anda boleh menonton channel channel lain yang di"broadcast" oleh pengguna lain. Anda hanya perlu mendaftar secara percuma di laman web tersebut dan ikuti langkah yang diberikan oleh veetle tentang cara cara membuat channel anda sendiri.

Di bawah adalah link ke channel yang telah saya buat:

http://ajaque-unifi.blogspot.com/p/m-channel_08.html
Selamat Mencuba

Thursday, November 3, 2011

Capai PC rumah anda di mana jua anda berada - Bhgn 2

Setelah anda "enable"kan Remote Desktop pada PC anda (Sila ke Bgn 1), anda perlu membuat sedikit konfigurasi pada router anda. Sebaiknya anda telah juga membuat konfigurasi dynamic DNS pada router anda sebelum ini (Sila Rujuk di sini).

Akses router anda dengan menaip 192.168.0.1 pada roter anda, dan masukkan username dan password. Kemudian klik pada Advance > Port Forwading.

Isi maklumat ini :

Name : RDP
Public Port : 3389 ~ 3389
Private IP : Masukkan IP PC yang hendak diakses (Utk mengetahui IP Address PC anda sila baca disini
Public IP : Biarkan kosong

Jangan lupa "check" pada "checkbox" di sebelah kiri, kemudian tekan butang "Save Setting".

Sekarang anda boleh menggunakan Remote Desktop Application untuk mengakses PC anda dari luar. Selamat mencuba.