Monday, October 31, 2011

Dynamic DNS

Tahukah anda, walaupun PC anda dibiarkan terpasang dirumah dan mempunyai akses internet di rumah anda, anda akan tidak dapat mengakses PC anda itu disebabkan beberapa perkara. Salah satunya adalah anda tidak mengetahui IP address (yang bertindak seperti alamat rumah @ no telefon). Walaupun sebelum anda keluar dari rumah anda telah mencatit IP address, Kemungkinan IP address tersebut boleh bertukar kerana UNIFI dan kebanyakan service provider lain hanya membekalkan anda IP dinamik, ini bermakna setiap kali anda menghubungkan PC anda di atas talian, IP address ini akan berubah.

Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda memberi nama khusus kepada IP Address anda supaya anda tidak perlu mengetahui IP address anda untuk anda mengakses PC anda melalui internet. Salah satunya ialah DynDns. Anda hanya perlu mendaftar secara percuma dan membuat sedikit konfigurasi di DynDns dan juga pada router UNIFI anda.

Selepas register di DynDns, di bahagian My Services DynDns, masukkan info seperti dibawah

Masukkan nama yang anda rasa sesuai di bahagian hostname. Di bahagian IP Address masukkan IP address anda sekarang (DynDns telah memaparkan IP address anda di bawah ruangan IP address) dan teruskan "Add to cart" dan ikuti arahan berikutnya yang akan dipaparkan oleh DynDNS.

Kemudian anda perlu membuat konfigurasi pada router UNIFI anda. Taip 192.168.0.1 pada browser anda;

Klik Maintenance > DDNS Setting dan masukkan info berikut, kemudian anda boleh menekan butang "testing". Jangan lupa untuk menekan butang "Save Setting" setelah selesai:


Ini membolehkan router anda mengemaskini IP Address anda di server DynDNS setiap kali ia berubah.

Tahniah, sekarang anda boleh mengakses PC anda semasa anda berada diluar rumah dengan menggunakan domain name.


No comments:

Post a Comment