Monday, October 31, 2011

Capai PC rumah anda di mana jua anda berada - Bhgn 1

Ada beberapa cara untuk anda mengaksess PC anda semasa anda berada di luar rumah. Sebagai contoh ketika anda berada di pejabat dan anda terlupa untuk mengambil sesuatu file yang penting di dalam PC anda di rumah. Atau anda ingin mengarahkan PC rumah anda untuk memuat turun Drama bersiri terbaru supaya anda dapat menontonnya bila anda pulang nanti.

Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan, jika anda menggunakan sistem pengoperasian Windows 7;

Remote Access Desktop

Informasi: 
1. Remote desktop hanya terdapat dalam versi Professional, Business, atau Ultimate . Tiada dalam Versi Home editions.
2. Pastikan Windows User Account anda mempunyai password 

Untuk konfigurasi, klik kanan pada icon "Computer" anda



















Kemudian, klik pada menu "Remote Settings"


akhir sekali aktifkan kebenaran seperti dalam gambar dibawah

Sekarang anda sepatutnya telah dapat mengakses PC anda melalui local area network. Untuk melakukannya anda terlebih dahulu perlu tahu apakah IP address PC anda kemudian anda boleh mencubanya menggunakan PC lain atau Notebook.

Untuk mengetahui IP address (LAN) anda, pada start menu, taip "cmd" pada run(WinXP) pada search "Windows7". Satu window hitam akan terpapar dan taip "ipconfig" dan enter ;
Sebagai cth IP address : 192.168.6.123. Buka aplikasi " Remote Access Connection" anda (Start>Program>Accessories>Remote Access Connection) dan masukkan IP di ruang yang disediakan. Sekarang anda akan dapat mengaksess PC anda tadi seperti biasa melalui PC/Laptop lain. Selamat mencuba.

Untuk membolehkan PC anda di akses dari luar anda perlu melakukan konfigurasi pada router UNIFI anda.

No comments:

Post a Comment