Friday, January 6, 2012

Songlap (2011)

Sinopsis:
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Ombak Rindu (2011)

Saksikan Ombak Rindu streaming di sini


Sinopsis:
filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Wednesday, December 21, 2011

Gong (2006)

Sinopsis:
Filem Gong berkisar tentang 5 orang pelajar jurusan performing arts dari UITM yang terpilih untuk mengadakan lawatan sambil belajar selama 7 hari di Jogjakarta. Mereka terdiri daripada Mira (Fasha Sandha), Trisha (Sharifah Sofea), Ika (Elyana), Rozan (Jehan Miskin) dan Didi (Faizal Yusuf). Satu hari, Kelima-lima mereka telah dibawa melawat ke Muzium Kesenian Jogja yang menghimpunkan pelbagai koleksi sejarah, kesenian dan peralatan muzik sejak dari zaman Kerajaan Majapahit, Kerajaan Matara, purba, tamadun Hindu Mataram hinggalah zaman Gong purba yang kecil menarik perhatian pelajar-pelajar ini terutamanya Trisha yang paling nakal di antara mereka.

Pandangan Trisha dan Mira terikat pada Gong purba Mataram yang seakan-akan menyeru semangat mereka. Sekembalinya mereka ke tempat penginapan mereka itu, mereka terkejut apabila mendapat tahu Trisha telah mencuri keluar Gong purba kecil. Mereka membantah sekeras kerasnya tindakan Trisha tetapi dikatakan gong tersebut dapat menghasilkan bunyi yang agak ganjil berbanding dengan gong-gong biasa. Tambahan pula, ukiran di keliling Gong itu amat pelik dan mengagumkan.

Pada malam itu, ketika semua orang sedang tidur, Trisha telah mengejutkan Ika dan memberitahu niatnya untuk memukul gong tersebut. Trisha terasa seperti Gong tersebut menyeru dirinya. Sebelum subuh, sewaktu kesemua mereka menyambung lena, satu lembaga hitam telah muncul daripada kegelapan di luar dan terawang-awang dengan perlahan-lahan menghampiri Gong tersebut yang kebetulan diletakkan bersama alat-alat gamelan yang lain.

Bermula dari saat itu, kelima-lima mereka sentiasa berhadapan dengan pengalaman menyeramkan yang bertambah menggerunkan dari masa ke semasa kerana lembaga tersebut akan menggangu mereka tanpa mengira tempat dan waktu sehinggalah mereka semua menjadi kalut seperti tiada jalan keluar.. Filem Gong diarahkan oleh Sandosh Kesavan.

Pelakon: Jehan Miskin, Fasha Sandha, Elyana, Faizal Yusuf, Sharifah Sofia.

Monday, December 19, 2011

Misteri Jalan Lama



Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.
Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.
Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?


Ikuti kisahnya disini

http://ajaque-unifi.blogspot.com/p/m-channel_08.html

* Tayangan akan berakhir pada 21 Disember 2011

Thursday, December 8, 2011

Aku Bukan Tomboy

"Aku Bukan tomboi" adalah kisah seorang tomboi (Scha Alya) yang telah dibesarkan oleh bapanya selepas dia  kehilangan ibunya semasa dia masih  kecil. Jauh dilubuk hatinya, dia telah meminati seorang lelakia, sama seperti gadis lain-lain. Tanpa disedari, dia dterjebak dalam cinta tiga segi tiga dengan dua lelaki - Harry (Shaheizy Sam) dan Burn (Syamsul Yusof).

Ikuti kisahnya disini

http://ajaque-unifi.blogspot.com/p/m-channel_08.html

* Tayangan akan berakhir pada 10 Disember 2011

Tuesday, November 15, 2011

DLNA Media Server


Anda tentu banyak memuatturun dan menyimpan banyak fail media seperti Movie, gambar, dan muzik di dalam PC anda. Tapi anda tentu letih menonton movie di PC anda sedangkan TV LED baru anda terbiar di ruang tamu. Tahukah anda dalam kebanyakan TV baru yang dijual ia ada DLNA ready yang membolehkan ia memainkan contents yang di streamkan olah DLNA Media Server?

Serviio adalah pelayan media DLNA yang percuma. Ia membolehkan anda untuk stream fail media (muzik, video atau imej) kepada mana-mana peranti yang disahkan DLNA (contohnya, satu set TV, Bluray pemain, game console) renderer pada rangkaian rumah anda.


Serviio menggunakan pengekstrakan berasaskan keutamaan metadata supaya anda boleh memilih metadata yang menerangkan fail media anda (contohnya nama trek audio, DVD cover, siri TV dan episod nama, dll). Ini termasuk metadata yang embedded di dalam fail-fail media sendiri, fail metadata yang disimpan (imej, Swisscenter, XBMC, MyMovies) dan metadata yang boleh didapati dalam talian. Dengan kebolehan ini, anda akan mampu untuk membina library Serviio media anda dengan mudah dan berkesan.
Serviio boleh memainkan sumber-sumber dalam talian seperti suapan RSS. Ini membolehkan anda mendengar podcast kegemaran anda atau menonton program TV terbaru yang disiarkan dalam talian.

Serviio sesuai digunakan dengan mana-mana peranti yang mematuhi DLNA (TV, Playstation 3, dan lain-lain) dan beberapa yang lain (XBOX 360). Ia menyokong profil untuk peranti tertentu supaya ia boleh di "tune" untuk memaksimumkan potensi peranti itu dan / atau meminimumkan (melalui transkod). bagi menyokong playback format media yang tidak boleh dimainkan di peranti itu secara terus

Serviio adalah berasaskan teknologi Java, oleh itu ia boleh diinstall di atas mana mana platform , termasuk Windows, Mac dan Linux (termasuk build-in sistem , contohnya NAS).




Anda boleh mendownload aplikasi serviio di sini :http://www.serviio.org/download